Thursday, June 20, 2013

Penghantaran Benih Ketutu

Salam Semua


  • Dimaklum kan Penghantaran Benih di daerah Melaka adalah PERCUMA. tetapi mesti lah melebihi 200 ekor. 
  • Kalau di bawah 200 ekor benih tambahan RM5-10 akan di kena kan untuk penghantaran.
  • Penghantaran di luar daerah selain melaka akan di kira 40sen setiap KM.
  • Harga Penghantaran yang di kenakan boleh di runding atas budi bicara.

Tuesday, June 18, 2013

Ketutu : Ikan Gobi yang bernilai tinggi

Ikan Ketutu (Oxyeleotris marmorata)

 Taburan ikan Ketutu boleh dijumpai dalam pelbagai ekosistem seperti air payau (muara sungai) dan air tawar (sungai, tasik, lombong dan terusan). Ahli taksonomi telah mengkelaskan ikan Ketutu di bawah famili Eleotridae dan dianggarkan terdapat 35 genera dan 150 spesis di dunia di bawah famili ini. Di antara spesis-spesis di bawah famili Eleotridae ini, ikan Ketutu atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmorata merupakan antara spesis yang paling dikenali dan bernilai. Manakala sinonim di kalangan bangsa Cina sebagai ikan yang ‘eksklusif’ di restoran-restoran makanan Cina yang berprestig, ia lebih dikenali sebagai Soon Hock atau Lam Kor. Ikan Ketutu yang turut dikenali sebagai ‘Marbled Goby’ juga merupakan spesis yang terbesar di kalangan famili Eleotridae, malah ia juga dikenali sebagai ‘Giant Goby’ (Gobi Besar). Rekod ikan Ketutu yang terbesar yang pernah diperolehi adalah seberat 10 kilogram (kg) berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh Jabatan Perikanan Darat, Sarawak (2002).